Thursday, April 30, 2009

Simple Design

Aku masih tak dapat lari dari bila design memasukkan element mistik dalam design aku? Apa design ada element mistik dan seram?..(Terpengaruh dengan cerita seram yang kerap ditayangkan di TV). Tak lah sebenarnya apa yang aku nak cakapkan ialah bila design result akhirnya akan menjadi komplex kerana menjadi kebiasaan aku macam tu.

Ntah kali keberapa aku pasang niat untuk cuba design menggunakan konsep KISS dan YAGNI, walau aku faham kedua-dua konsep nie, tapi bila masa aku design atau menulis code sering aku terlupa akan guideline ini. Design kalau terlalu syok sendiri akan menyusahkan orang lain aku cukup setuju pendapat ini. Salah seorang teammate aku pernah tegur, kenapa aku bila design fikirkan benda yang complex?.. Jawapannya ialah kerana aku adalah student graduated in Electrical Engineering yang dah terbiasa dengan complex formula hehehe boleh ke bagi reason macam tu?? Kaukan dah grade 11 thn lepas maner ingat lagi formula tu semua..tipu je tu..hehehe ....habis tu Mr H tu pun sama grade dalam EE kenapa dia design ok je?Sebab dia grade zaman tu IC memory baru berapa je/conductor/Circuit board layer baru ada selapis je zaman tu, zaman aku dah berlapis-lapis macam kuih lapis so nak kira current masuk dan current keluar sampai air liur yang terkeluar tau, tu belum nak kira voltage, yang tak betul pun ramai sebab salah calculate voltage.. pergh , so tu lah reason kuat yang aku boleh bagi untuk mempertahankan diri :)

Teguran yang membina dan aku akui kebenaran tersebut...sebab itu bagus jika ada orang lain yang review code dan design kita, kita jangan mengharapkan orang akan setuju dengan design kita kerana kita tidak akan banyak belajar jika tiada kritikan kecuali memang Allah dah bagi ilmu laduni (ilmu yang dapat tanpa belajar dari mana-mana sumber, ilmu nie untuk semua bidang atau bidang agama sahaja?) kena tanya member-member yang expert bidang kerohanian.

Jadi majulah simple domain design untuk kesihatan anda, rakan-rakan anda dan alam sekitar..

0 comments: