Wednesday, April 08, 2009

Kepentingan Sequence Diagram yang diabaikan

Aku memang sering mengabaikan sequence diagram pada kebanyakkan project sebelum ini, bila dah terduduk dengan domain yang agak complex baru nak buat sequence diagram.

Kenapa sequence diagram terabai ialah kerana aku tak berapa mahir nak design. Sedangkan kepentingan sequence diagram dalam masa pertapaan aku dengan master H di tekankan, tapi bila aku keluar dari pertapaan aku sembah derhaka (Ala macam DS Nizar buat lahhh ).

Aku buka balik buku lama aku tentang sequence diagram didalam Applying UML and Patterns. Kegunaan sequence diagram ialah untuk verify domain design yang dibuat itu montap atau tidak itu antara perbualan aku dan Mr 1kHz ketika kami sedang menjamu selera :) Selera makin bertambah bila dicampurkan dengan term-term ini kedalam lauk makanan tengah hari anda.Kalau tak percaya cubalah :)

Kami juga bersedia untuk dipanggil makan tengahari pada sesiapa yang hendak nak merasa term-term ini dalam makanan...

6 comments:

MK said...

Kalau dilihat balik, kenapa ada teknik-teknik ni? Sequence diagram, flowchart, UML, dsbnya.

Ia adalah medium untuk berkomunikasi. Perlulah memupuk kepentingan berkomunikasi dan cara berkomunikasi.

Kalau guna DDD, korang berdua je berkomunikasi, org lain tak. hehehe.

ryzam said...

Khairul, nie khairul yang maner satu ekk..ramai gak member nama khairul manalah tahu salah seorang dari kawan-kawan.

Guna DDD just as sebagai guideline, dalam DDD ditekan tentang Ubiquitous Language dari semua peringkat Project Manager, Product Owner, Developer, Subject Matter Expert, Tester, Technical Writer..

Ubiquitous language amat-amat penting dalam DDD iaitu mencari kesepakatan dalam berkomunikasi dan standard yang sama untuk semua pihak.

Ikhwan Hayat said...

Patut la sambal bilis petai hari tu rasa sedap je, walaupun kena caj mahhal sket dari selalu :)

DDD dan UML/diagrams is not comparable dan bukan saling exclusive.

Cuma sedikit masalah dlm development environment skrg ialah kurangnya documentations (termasuklah diagrams etc).

Kadang2 contraints yg ada menyebabkan kita terpaksa memilih priority kita. Dunia tidak sentiasa "ideal".

MK said...

Yup, dunia tidak ideal, tetapi documentation tetap perlu. Documentation yang saya maksudkan ialah informal yang berguna untuk developer. Supaya jikalau main developer kena langgar lori (kena kidnap for ransom ke, ape ke), ada orang boleh sambung tanpa perlu banyak reverse engineer.

Saya dalam projek skrg ni pun tengah fikir macam mana nak buat kalau saya kena maintain, sebab dekat SVN takde comment, dalam code takde comment (kecuali saya punya), dan takde developer's docs, cuma ada User Requirement Specification setebal 256 muka surat. Menangis air mata darah.

Selalu org bagi alasan tak buat docs sebab takde resource sedangkan boleh luang 5 minit je (saya pun bersalah gak sebab tak byk buat docs untuk sistem yg saya develop, tetapi cuba mempraktikkannya), tapi selalunya alasan ni derang gunakan untuk tulis code.

Documentation is as important as DESIGN, but less rewarding. Because of that people tend to skip. Takkan nak tunjuk org, "weh, aku ada buat docs untuk mende nih, cuba tengok", apa barang? Tak gempak la kalau berbanding, "Aku ade implement red black binary tree untuk susun datastructure nih" (atau effect yg guna HTML 5 canvas). Hehehe.

ryzam said...

Buat rules kat SVN kalau tak de comment kat setiap method tak boleh nak commit :)

Ada berani..:)

MK said...

Kalau boleh buat rules tu aku dah buat, tapi ini project lead yang buat camtu. Takleh nak kata apa la, sebab project pun dah hujung, deadline pun dah dekat.

Mungkin pada AAR (After Action Review) project boleh diusulkan. Hehehe.