Wednesday, September 29, 2010
Versi mudah mendapatkan NHibernate session
Posted by ryzam at 8:43 AM 0 comments
Tuesday, September 21, 2010
UI ke Business Process - 60% project lewat
UI masih lagi menjadi masalah utama kalau tidak pada developer lain tapi pada diri aku sendiri. Walau ada pelbagai framework yang dikategorikan sebagai Rapid Applicaton Development, tapi aku masih lagi mengambil masa yang lama untuk membolehkan UI code work dengan back end code dgn lancar.Nie bukan bermaksud UI design tetapi lebih kepada UI funcionality, bagaimana UI kawal state dan sebagainya. Kalau setakat untuk look and feel memang tidak dinafikan banyak UI framework yang lain hasilkan look and feel yang awesome. Itu dari sudut layout dan color. Dari sudut application developer, anda masih lagi perlu menyentuh UI code setidak-tidaknya untuk sesuatu event itu trigger dari tindakan user, seperti click button untuk hantar maklumat ke database. Cuma jika fully plain html form, rasanya kurang sedikit masalah-masalah ini.
Posted by ryzam at 8:40 AM 1 comments
Monday, September 20, 2010
Update
Kebelakangan nie sifat malas nak update web page nie semakin menjadi-jadi, kenkangan kerja dan sebagainya menjadi halangan kuat dan kekurangan idea, maybe otak kanan aku tak digunakan sepenuhnya untuk lebih kreatif.., sudah lebih 2 bulan aku tak menulis dalam blog.
Posted by ryzam at 9:20 AM 0 comments
Wednesday, July 07, 2010
Monday, May 31, 2010
OCP dan Double Dispatch
Salam ILuvIslam
Salah satu kerja yang aku kena buat ialah mencantikkan code. Aku nak shortcut terus kepada point. Code dibawah ada 2 version satu code yang tidak menggunakan OCP dan Double Dispatch, manakala yang satu lagi menggunakan cara yang aku mention.
Sebelum tu aku malas sikit nak beri penerangan OCP (Open Close Principle) dan Double Dispatch boleh search je.. InsyAllah banyak penerangan yang bagus. Cuma akau nak terangkan ialah jika aku tak guna cara OCP dan double dispatch code aku akan menjadi bloated macam ikan kembung.
Kali nie aku kena record transaction sama ada transaction tersebut ialah transaction cash atau cheque atau balance transfer atau atau atau. So atau atau atau lagi tu bermaksud ada kemungkinan lain penambahan jenis transaction. Setakat sebelum 1Malaysia bankrap ada 3 atau 4 transaction yang perlu di rekodkan.
Oleh kerana ada pelbagai transaction, maka user kata mereka hendak tahu total setiap amount apabila transaction itu berlaku di branch dan juga total amount harian untuk setiap transaction. So dengan yakin dan bergaya aku tulis code macam kat bawah nie.
Masalah disedari apabila user bagi tahu 1Malaysia dah bankrap, so ada penambahan transaction yang perlu direkodkan, seperti transaction LPO etc.
So jika dilihat pada code aku kena tambah AddReloadLPO(decimal amount). Ini bermakna aku kena buka file code yang diatas dan tambah, begitu juga pada code class BranchDailyReload aku kena tambah if else pada line 39 AddBranchDailyReload(...).
So macam maner aku tak nak ada penambahan code apada existing class dan juga penambahan if else lagi. Caranya ialah dengan menggunakan OCP dan double dispatch.
Aku refactor class jadi macam nie
Then aku kena tambah interface IReloadOCP dan class yang akan implement, sebagai contoh ReloadCash
Manakala class BranchDailyReload akan berubah menjadi simple macam nie, tiada lagi penggunaan if else, walaupun contoh BranchDailyReload tak follow OCP tetapi penggunaan function lebih explicit. Tiada masalah untuk refactor BranchDailyReload untuk buat fully OCP
Sesiapa ada lagi idea yang lagi okay, silakan.. nak kena submit kat lecturer :)
Posted by ryzam at 2:50 AM 0 comments
Thursday, May 27, 2010
Data,Context and Interaction
Salam 1Malaysiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Minggu lepas semasa membaca mailing list Domain Driven Design, salah seorang ahli group DDD (http://www.jroller.com/rickard/), bercerita serba sedikit tentang DCI . Aku tertarik dengan penerangan beliau dan cuba explore lebih detail, tetapi masih lagi kabur. So aku decide untuk buat code nak compare cara dalam DCI dengan cara yang aku biasa buat.
Posted by ryzam at 11:47 AM 0 comments
Tuesday, March 30, 2010
Pilihan untuk kemahiran
Posted by ryzam at 9:07 AM 2 comments
Thursday, March 25, 2010
Domain challange
Pagi nie aku dapat artikel update dari Jimmy Bogard tentang
Strengthening your domain: Encapsulating operations
Aku dah baca dan beri comment, guna nick amir (hentam ajelah). Memang menarik cara dia describe problem and cara dia solve dengan cara DDD. Aku cuma tak berapa setuju beberapa domain behavior yang dia design..so aku bagi suggestion aku.. Solution yang dia I bagseperti di bawah.
Customer = new Customer
var fee = customer.ChargeFee(100m);
fee.Amount.ShouldEqual(100m);
customer.Fees.ShouldContain(fee);
Solution aku lak dengan ialah method ChargeFee tu naming dia macam tak kena.
Aku suggest buat macam nie:
Customer customer = new Customer();
ShopOwner s = new ShopOwner();
s.ChargeFeeTo(customer).Amount(100m);
So bila customer tu nak buat bayar
customer.MadePayment(50m);
Dia ada komen balik kata ChargeFeeTo(customer) tidak berapa kena sebab tanpa panggil method Amount(), code boleh compile dan tiada error. Aku setuju konsep explicit design, insyAllah aku akan ulas explicit design (keberkesanan).
Aku suggest supaya amount tu diletakkan sebagai paramater seperti
s.ChargeFeeTo(customer,100m);
Selain dari itu untuk domain yang lebih flexible kita boleh bina domain CustomerFeeCharges (moment interval) so code boleh dibina macam ini
s.ChargeForTo(new CustomerFeeCharges(customer,amount));
Posted by ryzam at 11:58 AM 0 comments
Wednesday, March 24, 2010
First screencast bisu
Aku baru je habis buat simple screencast bisu.. hehe..tak de suara tentang basic setup NHibernate & FluentNHibernate. Ini experiment aku , insyAllah kalau ok ada sambungan. Length dia pendek sahaja.. aku cuba buat sesimple, padat dan sendat...
Posted by ryzam at 5:02 PM 1 comments
Thursday, March 18, 2010
Fluent Ubiquitous Domain
Aku tak de apa nak cerita banyak cuma nak bagi satu image untuk difikirkan dan dibincangkan , kalau ada yang nak berbincang silakan, kalau tak de anggap lah image itu contribution untuk 1Malaysia hehehe. Untuk design domain model selain dari skill analytics dan experiance, supporting cara untuk menjadikan domain itu lebih valueable ialah apabila anda boleh buat ayat dari domain model tersebut. Normal buka domain model asas nya ialah identify noun sebagai class, verb sebagai operation dan adjective sebagai attribute/property.
Posted by ryzam at 4:02 PM 0 comments
Wednesday, March 17, 2010
Adakah perlu Query dikongsi??
Ni adalah persoalan yang timbul bila aku buat coding (soft dev). Aku tak jawapan yang concrete tapi buat masa nie aku memilih query tidak perlu di kongsi, setiap client yang ingin data mempunyai query set yang masing-masing. Jika terdapat perubahan pada domain tidaklah terlalu sakit untuk ubah dari kongsi query tetapi bila requirement query untuk process A lari sikit dari requirement untuk process B, aku dapat rasakan lagi susah nak handle. Mungkin sebab aku ambil pendekatan query sepatutnya very lightweight process yang tanpa melibatkan terlalu banyak validation etc.
Posted by ryzam at 1:58 PM 0 comments
Tuesday, March 16, 2010
Google public profile
Ini ialah akunyer link ke public google profile - http://www.google.com/profiles/irwanazam , artikel dalam I Look, I See , juga akan dishare dalam Buzz . So ada n3 yang discussion dibuat disitu.
Posted by ryzam at 11:28 AM 0 comments
Wednesday, March 10, 2010
Macam mana
Aku tak ade idea nak tulis apa, ada masa sikit sebelum nak sambung buat kerja, aku cuba bawa satu normal scenario dalam software development design. Contoh aku diminta develop online POS (Point Of Sale) untuk pasaraya besar , jadi boleh bayangkan per day transaction memang dijangkakan banyak. Dan normal domain model design ialah seperti ini.
Ok untuk create new order tiada masalah, kita hanya point order as agreegateroot dan yang lain semua dihandle ORM untuk persistence. So apabila sudah selesai, requirement lain ialah hendak list order record per day or per hour etc, seperti tertera dibwah nie. Ambil contoh customer nie berdaftar menjadi member (macam Jusco members card,Giant members card)
So macam mana?, Aku perlu query ke table order join ke customer join dengan orderitem join dengan product dan join dengan price dan result aku akan dapat list macam kat atas tu.
Posted by ryzam at 2:13 PM 0 comments
Technical Screencast
Salam,
Posted by ryzam at 12:25 AM 0 comments
Sunday, February 21, 2010
Begini rupa Application Service aku dalam latest project
Posted by ryzam at 2:16 PM 0 comments
Wednesday, February 17, 2010
Update
2 minggu lepas, aku rase jemu dengan senario politik malaysia, sebab tu 2 tulisan aku sebelum ini tak de kena mengena dengan programing dan software development.
Posted by ryzam at 11:48 AM 0 comments
Tuesday, February 09, 2010
Apabila Si Bodoh Memperbodahkan Juak-juak yang memang bodoh
Apabila yang ada kuasa itu otak nyer serupa keldai, jadilah pengikut pengikutnya seperti taik keldai.... dan yang memerhatikan kebodohan mereka juga akan terkena tempias kebodohan kerana pergi perhatikan orang bodoh itu nak buat apa.............adushhh aku pun sama kerana selalu perhatikan mereka, patutlah baunya tak tertahan dan jika selama bertahun2 tempias enzim-enzim kebodohan mereka juga akan merosakkan IQ aku...ini........tapi nak buat macam mana negaraku yang tercinta
Posted by ryzam at 12:16 PM 0 comments
Politik: Menyesakkan nafas
Dunia politik di Malaysia nie memang melelahkan dan betul-betul buat otak jadi mereng. Dengan pelbagai jenis orang dan perwatakan yang tak konsisten, semuanya kerana apa, kerana nak sentiasa mengharap rakyat menyanjung mereka, tetapi perbuatan sesetangah ahli politik, peminat politik dan aktivis politik di Malaysia macam hampas kelapa, sama ada dari kerajaan dan juga pembangkang. Bosan dengan apa yang berlaku bukan sejak kebelakangan ini tapi sejak 10 tahun yang lepas.
Posted by ryzam at 9:09 AM 2 comments
Monday, January 04, 2010
1st Day Pilot Project - Bukit Raja
Ada lagi beberapa jam nak close daily operation kat bukit raja, so far Alhamdulillah belum ada lagi kritikal issue dimana sytem terpaksa dihentikan. Oleh kerana sistem ini melibatkan transaksi duit so semua debit,credit, balance cukup penting. Tak senang duduk jugak le nak melayan persoalan yang timbul dari user.
Posted by ryzam at 4:33 PM 1 comments
Sunday, January 03, 2010
Pilot Project
Selepas 5 bulan terlibat dalam development MaRS project sebagai Solution Architect (consultant), insyAllah esok pilot project untuk satu site akan digunakan. Sebulan bergelumang dengan bug fixing, code review , query tuning cukup-cukup memenatkan dan beberapa project yang lain juga sedang berjalan. Aku agak tertekan dalam situasi sekarang ini, confidence level aku untuk code Mars untuk pergi live adalah ditahap 70%, dalam kenkangan team members yang lain agak fresh dalam pengalaman membangunkan enterprise system, aku terpaksa memikul tanggungjawab sebagai consultant merangkap developer, tester. Bulan lepas 2 org dalam team nie resigned, aku tak sure sebab aku orang luar,tapi momentum project nie agak terganggu kerana salah seorang yang berhenti tersebut ialah senior developer yang juga menjadi system analyst.
Aku pada mula tekankan cara tulis code separation of concern tapi aku rasa dia orang masih tak dapt nak menjiwai kenapa perlukan cara tersebut, dan oleh kerana aku tak sempat nak review semua code orang , maka aku dapat rasakan akan ada code yang ditulis seakan TransactionScript .
Code scenario test aku masih cover hanya 40% dari keseluruhan scenario penting. Aku berdoa, semoga pilot project berjalan lancar dan nationwide deployment pun success.
Just untuk update, dari segi framework, tools dan approach yang aku guna dalam team ini.
.Net Framework 3.5
ASP.Net MVC 1
NHibernate 2.1
FluentNHibernate
NHibernateLinq
Coolite - ExtJS
MSpec, NUnit
IIS 7
SQL Server 2005
Posted by ryzam at 10:56 PM 3 comments


