Tuesday, February 09, 2010

Politik: Menyesakkan nafas

Dunia politik di Malaysia nie memang melelahkan dan betul-betul buat otak jadi mereng. Dengan pelbagai jenis orang dan perwatakan yang tak konsisten, semuanya kerana apa, kerana nak sentiasa mengharap rakyat menyanjung mereka, tetapi perbuatan sesetangah ahli politik, peminat politik dan aktivis politik di Malaysia macam hampas kelapa, sama ada dari kerajaan dan juga pembangkang. Bosan dengan apa yang berlaku bukan sejak kebelakangan ini tapi sejak 10 tahun yang lepas.


Kehidupan mereka yang tidak mempedulikan apa yang berlaku di dunia politik memang tidak akan terasa sangat paling lebih pun bising sebab kenaikan minyak dan harga barang selebih dari itu meraka akan lupa apabila dihiburkan dengan siri Raja Lawak dan Mentor. Politik di Malayia pun ramai pelawak berbakat dalam pelbagai kategori, pelawak kategori seram, pelawak bodoh , pelawak lucah dan pelawak tua.

Dah nama pun pelawak, tabiat suka menghiburkan orang dan akan mencari pelbagai cara nak menghiburkan rakyat dah menjadi darah daging mereka, sama ada lawak itu diterima sebagai sesuatu yang bagus, berisi atau lawak yuang sama macam apa yang manusia buang bila lepas makan mereka tak kisah, yang penting tabiat dan nafsu suka buat lawak dapat ditunjukkan. Itulah orang politik di Malaysia. Kosong sahaja.. tak lebih dari itu

Aku yang mengikuti secara langsung dan tak langsung nie pun dah sama macam jadi bebal lak dengan semua isu yang ada di ucapkan pelawak-pelawak nie, saling tak tumpah tengok Raja Lawak Astro tu....

Semua benda dah jadi isu politik hinggakan isu tak ada isu pun jadi politik, bayangkan betapa hebat ahli politik Malaysia mencipta isu.

Kau masuk parti nie aku masuk parti nie. kau keluar parti nie, aku keluar parti nie. Aku nak dialog nie, kau nak berdialog pasal tu, aku dah kata jgn cakap macam nie, kau kata nak gak cakap pasal tu... keputusan nya pi mai pi mai tang tu gak lee...







2 comments:

peysal @ peysource said...

Aku akan amik kata2 femes dari komik faverat aku pendekar laut...

"Cis pelawak2 bodoh yang tak dapat menggelikan hati aku, tak sabar aku nak hantar mrk ke neraka"

Syaiful Fajri said...

politik adalah cara utk bg sesetangah hidup, selain berusaha keras dan memeras keringat. apa pon mmg susah nak alih perkara ini daripada mereka yang memang tegar mengamalinya kerana tiada politik tiadalah keinginan, tiada politik tiadalah kenikmatan, tiada politik tiadalah wang, dan tiada politik tiadalah kehidupan...