Friday, September 28, 2007

16 Ramadhan 1428 Hijrah

Alhamdulillah dah 16 hari kita berada dalam bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan. Hari ini di Masjid Negara ada perhimpunan membantah sistem kehakiman negara yang sedang menuju kehancuran. Negaraku semakin kalut dengan pelbagai jenayah yang sedang berlaku ianya amat merisaukan. Tak tahulah aku apa pemimpin hari ini buat, ok lah cukup dengan sedikit cerita pasal kesakitan hati aku melihat sistem yang dijalankan oleh pemimpin hari ini.

Hari ini kesakitan hati aku terubat sikit kerana berjaya memasukan NHibernate.Linq kedalam project aku, emm seronok apabila dapat query menggunakan ORM NHibernate berserta LINQ query statement. bdiaz developer yang menghack untuk integrate NHibernate & LINQ , ada beberapa contoh dlm site tersebut boleh dijadikan tutorial untuk memahami dengan lebih mendalam.

Jadi dengan beberapa tool yang digunakan sekrang aku harap development time untuk aku semakin pendek dan cepat.

Update
Salah seorang member dalam yahoo group message aku, hendak cari MS SQL DBA yang tahu buat database replication sebagai part time DBA, aku bukan expert dengan DB so tak dapat membantu, kena cari rakan-rakan lain.. siapa budak geng kat tmnet yang boleh buat ek..emmm.. kena cari maklumat nie..

Ada sesorang forward kedalam email aku menarik petikan ini


Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.
Apabila masyarakat jadi muafakat,

negara kita menjadi kuat.



Apabila negara menjadi kuat,

negara luar jadi hormat. Apabila negara luar

jadi hormat, permusuhan pun tersekat.

Apabila permusuhan tersekat,
pembangunan pun meningkat. Apabila pembangunan pun meningkat,
kemajuan menjadi pesat.



TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat,
kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.

Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat. Apabila
tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat, KETIKA ITU manusia mula
mengubah tabiat. Apabila manusia telah mengubah tabiat,
ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat.


Apabila orang baik bertukar jahat,

orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat,

orang tua pula nak mati lambat.


Apabila orang tua nak mati lambat,

tak dapat minum madu telan jerla
minyak gamat.

Yang lelaki, budak budak muda pakai

seluar ketat. Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.

Yang perempuan, pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ketat.
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
Pakai pulak yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.

Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.
Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat .
Bila berjumpa, tangan berjabat.
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita 'bukti' lah kita buat.
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat,

maka lahirlah
pula anak-anak yang tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di
merata tempat.
MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.
Inilah dia fenomena masyarakat.
Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat! .
Berangkat menuju ke negeri akhirat.

Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu, sindri mau ingat.

Umur mu banyak mana mu buat ibadat...?
Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...?
Harta benda anta, dari mana anta dapat...?
Ilmu anta, adakah anta manafaat...?

Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera
meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.

(Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa.
Sebarkanlah ini kepada ahli keluarga, saudara-mara, rakan-rakan dan
sahabat handai kita agar masyarakat
kita akan menjadi sebuah masyarakat yang bukan sahaja maju dari segi
duniawi malah ukhrawi. Insya-Allah...Allahhuakbar! Allahhuakbar!
Allahhuakbar!)



0 comments: