Aku boleh dikategori sebagai developer yang percaya pada code mesti nampak mudah dari penglihatan dan mudah untuk ditulis dan kemudian mudah untuk difahami. Kenkadang aku terfikir kenapa perlu membina sesuatu yang komplex sekadar untuk nampak cantik dan tujuan tersebut boleh dicapai dengan cara lain walau tak se "stylish". Walau pun fungsi tersebut dibina didalam ertikata "framework", tetapi jika over engineered mengkibatkan framework tersebut susah untuk di extends untuk fungsi-fungsi yang lain. Aku ada rancangan nak tulis dalam entri yang lain berkaitan pendahaluan perenggan ini , kemungkinan bertajuk "Business logic algorithm tidak sepatutnya berselerak dimerata tempat dalam solution project anda", agak penjang rasanya tajuk tersebut. Ok anyway, kesinambungan dari itu aku nak cerita sedikit pasal pengawalan session didalam NHibernate dalam versi yang mudah.
NHibernate session amat penting apabila kita hendak melakukan sesuatu aktiviti berkaitan data dan objek.Objek dan data adalah dua benda yang berlainan walau nampak seakan sama. Boleh google untuk tahu perbezaan.
Untuk demo, aku akan tulis code yang akan digunakan didalam projek ASP.Net MVC. Ada 2 library penting yang diperlukan yang pertama library pakej NHibernate dan yang kedua library pakej FluentNHibernate. Tiada IoC dalam contoh ini, ini adalah bertujuan menunjukkan tanpa IoC, tujuan untuk mendapatkan NHibernate session tetap boleh dilakukan.
Sebaik anda berjaya create ASP.Net MVC Web solution, dan andaian bahawa semua library pakej tadi dah berjaya dimasukkan didalam solution tersebut, maka perkara yang pertama ialah dengan mengedit Global.asax.cs dan code akhirnya ialah seperti ini
Perhatikan pada line 21, aku declare ISessionFactory dan kemudian pada line 42 aku panggil method CreateSessionFactory(), code ini berada didalam method Application_Start, dan untuk pengetahuan Application_Start ini akan hanya execute sekali ianya seperti Singleton pattern, ianya hanya akan execute semula jika IIS web server di "restart" dan oleh sebab itu penghasilan SessionFactory sesuai berada didalam method ini.
Pada line 68, disini aku menggunakan FluentNHibernate untuk membina SessionFactory, dan pada line 72, kena tulis connection string dan maklumat tersebut di simpan didalam Web.config. Ini untuk memudahkan jika ada sebarang pertukaran, anda hanya perlu tukar di config file dan bukan didalam code. Lihat pula pada line 82, kita perlu setkan session tersebut digunakan dalam web process dan NHibernate ada mekanisma untuk simpan session yang akan digunakan dalam Http protokol.
Selanjutnya pada line 50, method Application_BeginRequest ini pula akan berfungsi hanya setiap kali terdapat page request dan ianya unik untuk setiap request. Dalam ertikata yang lain jika aku request dan pada masa yang sama terdapat sepuluh orang lain yang request aku akan dapat dapat session nhibernate yang berlainan dan unik tetapi SessionFactory yang sama. Pada line 54, kita perlu bind session kepada CurrentSessionContext dan berdasarkan configuration iaitu Web, maka NHibernate akan menggunakan web session mekanisma untuk simpan maklumat session yang telah di "open" maka apabila diperlukan pada component yang lain permintaan session tersebut akan di beri kepada peminta tersebut ialah session yang di simpan didalam web context.
Perhatikan pula pada line 57, method Application_EndRequest pula bertindak untuk tutup session dan membebaskan memory web context terhadap session seperti yang berlaku padal line 59.
Satu lagi method yang penting ialah GetCurrentSession yang terdapat pada line 45, method ini bertujuan untuk mendapatkan Session terkini yang berada dalam web context.
Penggunaan di Controller
Aku akan tulis base controller untuk semua controller lain inherits base controller ini.
Dan anda perlulah mempunyai domain, permulaan ini boleh tulis domain yang simple seperti ini
Untuk perhatian anda, line 27 untuk code diatas ialah class mapping, sebelum ini mapping dalam Nhibernate boleh dibuat melalui xml mapping dan juga code attribute mapping, tetapi 2 cara ini agak susah dan leceh berbanding dengan cara fluentnhibernate.
Code ini pula ialah code StudentController, lihat bagaimana mudah untuk menggunakan NHibernate Session
So diharap sedikit penerangan dapat membuka minda dan boleh menjadi pengerak untuk anda menggunakan NHibernate untuk project-project yang lain. InsyAllah jika diberi keizinan Allah saya akan lanjutkan lagi demo/contoh penggunaan NHibernate untuk tahap yang lagi advance.
0 comments:
Post a Comment