Kebelakangan nie sifat malas nak update web page nie semakin menjadi-jadi, kenkangan kerja dan sebagainya menjadi halangan kuat dan kekurangan idea, maybe otak kanan aku tak digunakan sepenuhnya untuk lebih kreatif.., sudah lebih 2 bulan aku tak menulis dalam blog.
Minggu lepas selepas seminggu cuti hari raya, aku mula bekerja tanpa kawan rapat aku, dimana selama lebih kurang 3 tahun banyak membantu dalam melicinkan proses soft dev di tempat kerja, seorang yang aku respect dari segi knowledge dan juga komitmen. InsyAllah semoga perpindahan ketempat lain lebih bermakna dan keberkatan Allah sentiasa ada bersama.
Walau kerja banyak tapi, masih slow bila nak mula buat soft dev, ntah le..hujung minggu lepas aku plan nak buat something berkaitan programming, tak juga menjadi, aku lebih bnyk browse web site kereta, agaknya minat aku dah kearah bidang kerata.. hahahah, minggu lpeas juga aku hantar kereta elysion aku tukar minyak, fikirkan nak tukar minyak fully synthetic biasa, sekali dah pergi kat After 12 Motorsport, mata dah rambang tgk bnyk sgt acessories kereta, pusing punya pusing..technician kat situ cucuk jarum ..suruh aku tukar minyak engine Mugen, aku pun memang dah ada plan nak tukar minyak, cuma minyak nie mahal sikit. Belakang kedai lagi satu tgk bebrapa technician tgh tune VW Golf GTI, perghh..dia nyer bunyi engine.. mak oii. Fikir punya fikir last last aku setuju tukar minyak engine mugen tu. Then dah beberapa hari pakai, Alhamdulillah terasa lagi lancar bila memecut yang best bila RPM cecah 3.5.. ivtec dia open ...warghh..
Malam tadi, dapat video VW Scirocco dari youtube, nie lagi satu penyakit.. aku dah terpaku depan komputer 2 jam, layan semua video Scirocco TSI Turbo.., bila kau nak start buat programming??????????? :(
0 comments:
Post a Comment