Sunday, October 31, 2010

Domain design, reuse and readable code

Aku plan nak invite rakan-rakan developer/solution/programmer etc yang berminat untuk bincang berkaitan domain design, re-useable dan readable code. Harap dapat sambutan dari pelbagai camp sama ada .Net C#, Java, Groovy, Python, Ruby, PHP.

Ok aku terangkan apa challenge project nie. Bina satu console application berdasarkan problem statement ini.

"Bina aplikasi yang dapat manage sesuatu Project dimana setiap project tersebut boleh mempunyai banyak task dan completion date/time task tersebut bergantung pada task-task yang yang ada dibawahnya. Task boleh mempunyai banyak task yang lain (child) atau juga dikenali sebagai aktivity. Compute the earliest start of every
activity given the start of the project. Setiap task ada estimation time"

Criterianya ialah
1. design yang flexible yang boleh digunakan, kemungkinan untuk any application yang hampir serupa processnya.

2. LOC yang pendek, code mudah dibaca, jika boleh system analyst/tester boleh semak pada first level tanpa perlu tulis test code.

3. Code yang boleh reuse

Ada sesiapa yang ingin mencuba?