Saturday, June 06, 2009

Muktamar PAS 55

Aku jarang nak cerita sangat pasal politik dalam nie..sesekali je, cuma kali nie aku nak ulas sikit pasal Muktamar PAS 55, oleh kerana penganjuran kali nie dekat dengan rumah aku, maka aku dapat ikuti perkembangan dengan lebih kerap selain dari membaca online ulasan2 yang lain dan dah 2 malam berturut-turut aku pergi saner,tapi tak masuk dalam dewan, cuma melihat gerai-gerai dan dengar ceramah free yang dipasang di kedai-kedai. Aku terlibat dalam PAS secara tak langsung sejak dari sekolah, sebab aku tolong arwah bapa buat kerja-kerja amal untuk PAS, aku ingat lagi masa tu hujung tahun 80an aku dah bersekolah menengah tingkatan 3, maner le ada sangat orang PAS kat kampung aku, ada le 2-3 kerat yang aku tahu,yang lain semuanya biru karat.Arwah bapa aku pun aktif selepas bersara.Aku masih ingat masa tu ada ceramah kalau tak silap aku Mat Sabu penceramah dia, yang hadir cuma dalam 20 orang dicampur dengan beberapa batang pokok pisang. So siapa yang sokong PAS kat kampung aku tu kira alien (makhluk asing).

Aku bukan ahli yang berjawatan cuma ahli biasa je sekarang dan tak de plan nak aktif sekadar membantu apa-apa yang perlu masa pilihanraya. Jadi sepanjang tempoh tersebut banyak peristiwa aku lihat dalam PAS, kemenangan, kekalahan dan pelbagai peristiwa suka dan duka.Selepas tahun 1990 apabila kemenangan PAS yang agak cemerlang di Kelantan dan perlantikan Tuan Guru Nik Aziz menjadi menteri besar, ada sedikit perubahan penerimaan di negeri-negeri macam negeri aku Melaka. Ada arus perubahan apabila mereka yang bukan berlatar belakang pendidikan agama tertarik dengan pembawaan PAS yang membawa Islam sebagai moto asas perjuangan. Pada masa itu ketrampilan, ketokohan Ustaz Fadhil Noor begitu jelas, dimana para Ulama dan Profesional saling lengkap melengkapi.Pada masa itu jelas akan perananan masing-masing dan proses tarbiyah yang dijalankan oleh pemimpin pada ketika itu membawa hasil yang digeruni musuh Tiada pihak yang sibuk nak jadi pemimpin sebaliknya takut apabila dipilih.

Kadang-kadang Allah uji dengan kemenengan dan ahli jemaah lupa akan perkara tersebut dan masing-masing sekarang lebih sibuk kepada jawatan dan pertelingkahan seiapa yang lebih patut memimpin ulama ke atau professional. Musuh telah berjaya memasukkan jarum agar ahli-ahli PAS sibuk dengan melabelkan pihak ini dan pihak itu.

Dua-dua pihak juga sama ada profesional dan ulama dalam PAS ada yang patut duduk diam jika tak boleh buat kerja dari memberi kenyataan bodoh yang kemudianya diambil sebagai peluru oleh pihak musuh. Kerja mengketegori sesetengah pihak tergolong dalam golongan tertentu sebenarnnya memberi kesan yang besar. Pemimpin PAS kena tahu itu. Jangan sibuk dengan Kerajaan Perpaduan sahaja, perpaduan dalam PAS kalau tak dijaga akan mengakibatkan usaha untuk bangun semula mendapat keyakinan rakyat marhaen 50 tahun lagi.

Perkukuhkan proses tarbiyah, jika ulama sekalipun tapi tidak turun kepada professional untuk menerangkan adap dalam berjemaah dan asyik mengatakan bahawa mereka sahaja yang layak menjadi pemimpin, aku rasa orang tu tak layak bergelar ulama. Jika dia itu bagus, tidak perlu ada kuota insyAllah ramai perwakilan akan pilih.

Aku masih lagi tak faham sesetengah pemikiran orang berjawatan dalam PAS yang tak nampak priority mana dahulu yang perlu diselesaikan dari sibuk nak berdialog dengan UBN. Keputusan dah ramai tahu so harap yang diberi amanah tu pikul tugas dengan sebaik-baiknya , jangan hampakan orang-orang yang menyanyangi kerja kebaikan ini.

0 comments: