Wednesday, June 10, 2009

LHDN hantar surat minta hutang cukai lagi

Aku balik kampung semalam, ambil anak-anak aku yang bercuti kat kampung sempena cuti sekolah dan kerana ada majlis maka-makan sebelah family wife aku, semua adik-beradik wife aku pun balik, so aku pun dikehendaki balik ada surprise.. aku sampai melaka lepas maghrib dan memang surprise bila tengok 2 meja makan ada kat lama rumah, rupa-rupanya ada makan-makan ikan bakar nasi lemak dan yg lagi surprise ada hadiah untuk semua anak-anak dan menantu, Alhamdulillah. Aku sempat balik rumah jengok mak kesayangan aku, sempat melepas rinda pada mak. Kat meja ada beberapa surat atas nama aku, dari LHDN dia orang send surat minta hutang cehhh!!!.. taksiran 2008 walaupun dah ditolak PCB tapi masih tak cukup, so aku dikehendaki bayar lagi RM xxxx, kesilapan aku , ada beberapa resit masa beli buku aku tak simpan.

Sepatutnya cukai nie dia bagi lah diskaun bagi yang tak sokong kerajaan hahahah..., aku kena selesaikan baki tu dalam tempoh 6 bulan..kalau tak jadi kes along kena kurung heheh..so tahun nie aku tengah kumpul semua resit bila beli buku... resit masuk toilet awam pun kalau boleh reduce cukai aku nak masukkan juga.

Anak aku Muhammad 'Umar Hafiy dah botak sama macam rambut aku hehehe..sama handsome macam aku..hahaha.. plan aku nak bawa anak-anak jalan tak jadi..sekarang nie musim H1N1 risau gak nak bawak ke public area.

0 comments: