Wednesday, April 15, 2009

Pedih tapi ok sahaja

Aku walaupun dikritik sebagai bos yang tak boleh nak bawa perubahan kepada team dan cara pembawakan software development yang jumud dimana tidak ada perkembangan yang positif. Kesanya banyak yang merasa demotivated dan berhenti, insyAllah aku boleh terima kerana aku juga dalam prosess belajar walaupun aku dah involve dalam dunia IT hampir 12 tahun, tapi aku akui part management aku agak kurang memberangsangkan.Aku boleh terima sebab aku juga kritik orang dan tidak setuju dengan cara seseorang yang aku fikirkan tidak bijaksana. Aku ambil segala kritikan terbuka dan kritikan body language sebagai panduan untuk bina team yang lebih bagus insyAllah. Penolakan orang untuk berubah hanyalah persepsi kita kerana cara approach kita yang orang lain tidak boleh hendak terima. Kita tidak boleh ambil bulat-bulat apa yang dibaca dan cuba apply sebiji, kena perhati tahap mana knowledge seseorang.

Aku pernah tulis dahulu lama sebelum aku jadi lead dalam company ini, keberkesanan dan berjaya sesuatu team bukan kerana expertnya seseorang dalam team tersebut tapi bagaimana dia boleh bekerja dengan orang yang tidak sama level dengan dia.

4 comments:

rushdan said...

Nasib baik diorang tak buat undi tak percaya kt ko, kalau tak bubar dun terus... hehehe..

Rilek aa tuan guru, aku yakin ko bole jadi leader yang bagus, pelan2 kayuh la..

wish u all the best Tuan Guru aban Yahya

ryzam said...

title tu tak diiktiraf SPR. belum berlaku lagi rampasan kuasa macam kat Perak masih stabil. Sokongan akar umbi masih lagi kuat hahaha (ayat orang politik)

Aku rasa sebelum jadi leader developer kena jadi leader MLM laha hahaha

MK said...

Kuatkan semangat, tingkatkan usaha.

Tapi jangan lupa tulis note pasal usaha yang dilakukan, untuk pengamatan diri sendiri. Kalau semua letak dalam otak, susah nak objectify.

Contohnya, hari ni employee aku suggest buat mcm ni.. boleh ke?

Pastu direnung kembali selepas 6 bulan, bende yang disuggest tu memang betul. Technical debt kian datang menuntut hutang. Kenapa aku tak ikut dari awal?

:D

peysal @ peysource said...

takper nih semua antara proses pembelajaran. Tapi nak tahu gak adakah mrk menolak software development methodology yang anda amalkan?