2 minggu lepas aku dikehendaki buat satu presentation tentang architecture dan cara software development yang aku dan remote team aku akan buat. Mereka yang hadir kebanyakkan ialah level penolong pengarah dan mempunyai pengalaman teknikal dalam beberapa project Goverment sebelum ini. Terdapat juga Pegawai Teknologi Maklumat lebih kurang 4 orang dalam bilik tu.
Aku tiada pengalaman deal dengan agensi kerajaan sebelum ini dan aku tak tahu sangat protokol dan cara bekerja dia orang. 2 hari sebelum presentation tu adalah beberapa slide diagram yang aku sediakan dalam membantu aku unutk memberi penerangan dan untuk aku buat demo. Aku agak gemuruh juga ialah aku nie orang biasa-biasa je, nak beri presentation kat beberapa orang yang ada title Dr.
Selepas Project Manager buka majlis dan perkenalkan diri aku sebagai Solution Architect untuk project, aku pun bagi salam dan start lah presentation aku.. 5 minit awal rasa macam tak de darah je..aku pun tak banyak cerita direct to technical part.
Selepas dan masuk dalam 15 minit, aku tengok dia orang macam focus je (ada yg tertidur tu aku tak tahu lee hehehe), aku start confidence semula, macam-macam technical word yang latest dan terkini keluar dari mulut aku, ada yang aku tak plan nak cerita, bila dah syok dan banyak pulak pertanyaan dia orang aku pun rasa perghh...bestnyaa... term-term SOA, interconnected component, n-tier layering project solution, Test Driven Design, User Story, Automated Test, Dependency Injection, Object Relational Mapper semuanya aku cerita yang tak de dalam slide pun aku cerita, nie open source mulut :). Part yang aku rasa best dan mencabar ialah bila aku kena demo :) Ialah aku dah puas cerita ..kita orang tak guna stored procedure lah, view...bla bla bla, nak tukar database dari oracle ke mssql ke mysql ke firebird ke sqlite umpama menekan remote control untuk tukar channel je..
First yang aku demo ialah we can run our application tanpa database..yehaaaaaaaaa!!!, lepas tu aku run kalau ada apa-apa perubahan aku tak sentuh pun database management console, ubah sahaja di domain dan tadaaaaaaaaaaaa!!!!!!! field baru bertambah, relation bertambah semunya dengan tekan enter sahaja. Kalau aku tak suka database tu aku boleh je tukar database lain tanpa tukar code.
Aku demo sikit tentang BDD, aku bawa contoh BDD style Dan North narrator/story approach. Alih-alih aku dah present 2 jam lebih...masa yang diperuntukan ialah 1 jam je..:)
Alhamdulillah, lepas nie aku jadi presenter je...:)
Tuesday, April 07, 2009
Pengalaman buat presentation untuk Gov agensi
Posted by ryzam at 12:50 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment