Sunday, April 12, 2009

Kerja kosong

Aku cuma nak sampaikan ada kekosongan kerja sebagai "Analyst Programmer" untuk .Net dan PHP dekat company tempat aku pagi-pagi pergi kerja selepas hantar anak aku pergi tadika :) nak jadi guru tadika pun ada kalau tak silap aku, ada memo tampal depan pintu gate tadika sekolah anak aku tu, sila nyatakan hendak berkerja dengan sekolah tadika tersebut atau sebaliknya.

Ok company yang sekarang nie bayar gaji bulanan pada aku selalunya 26 haribulan dan ada dalam bank, cuma company nie tak berapa glamour tapi Alhamdulillah aircond sejuk, kedai makan pun senang. Kerja dia sama je macam kerja kat tempat lain juga tak de apa-apa special, kena tulis code, kena masuk discussion, kelayakan kalau dah pernah bekerja kat mana-mana company IT dalam dunia nie dan terlibat dalam salah satu language seperti C# atau PHP atau Java maka secara automatik level satu nyer filtering lepas. Kelayakan yang lain ialah anda lepas kelayakan yang pertama. Untuk hantar resume anda sila hantar ke email budak nie irwan.azam@mediu.edu.my.

Soalan interview dia senang je, antaranya: Kenapa agaknya anda berminat hendak join company nie??.. Contoh jawapan yang mungkin diberi
- kawan saya kerja kat sini, nampak macam best,
- saja hantar resume, ada orang call ntah saper tah, lagi pun hari yang disetkan interview nie saya free so saya datang jelah
- mencari pengalaman dari tempat kerja lama (orang yang bagi jawapan nie selalunya menerima nasib ngeri, otak akan menjadi separa sedar dan akan mengalami penyesalan)
- nak bekerja berdedikasi, nak berjaya macam encik, jadi bos nampak macam senang je..ada orang cakap encik rileks je kat ofiss ek :) ..kalau jawapan dia nak berjaya macam encik, aku rase belum habis interview confirm dah dapat tapi sambungan ayat selepas tu sure kena baling keluar.
- nak gantikan tempat encik, encik nampak macam terror, teknology yang encik cerita tu pun saya tak pernah dengar, ada unsur mistik, penipuan dan kelakar saya memang cari kalau dapat bos yang macam tu ..emmmmmmmmm kalau jawapan nie susah sikit tu kecualilah yang tukang interview tu memang dah ada kerje lain sebagai cleaner ke..
- saya dipaksa untuk datang interview .........dusshhhhhhhhhhhh!!!!!

4 comments:

MK said...

Apa yang penting? KERJASAMA!

Aku rasa antara benda yang penting untuk sustain org dalam company adalah:

- Kerjasama
- Penghargaan
- Pride
- Confidence
- Skill

Kalau org tu rasa apa yang dia buat tak dihargai, dia akan blah. Kalau dia rasa org lain semua tak beri kerjasama, dia akan blah (sebab keje tak jalan). Kalau takde special (benefit), bila dapat peluang lain, sudah tentunya akan blah.

"Numbers are nice, interesting and important and can be used to run a company but we shouldn't use it to run our people. When it comes to people things that matter are skill, pride, appreciation, confidence and cooperation."

ryzam said...

part tentang hargai nie abstract dan bukan boleh dinilai dengan wang ringgit. Kenkadang orang tu dihargai tapi dia tak tahu dia dihargai sebab dia expect cara untuk dihargai itu berlainan maka terjadilah conflict.

kerjasama memerlukan kesabaran, tak semua yang kita plan akan perfect, kalau ambil situasi aku, siapa yang tak nak semua orang gembira, orang bawah gembira dan management gembira tapi macam aku cakap masing-masing lain expectation dan bila apa yang dijangkakan tidak kesampaian ya mereka akan blah, dan memang bukan salah mereka, masing-masing ada hak dan kehidupan yang perlu diteruskan, perlu realistik terhadap sesuatu perkara yang berlaku dan berlapang dada, jika memang kelemahan kita mesti akui, kita cari bagaimana untuk mempertingkatkannya tetapi keupayaan manusia nie berlainan ada yang cepat boleh recover kalau dah tahu kesilapan dan ada pula lambat nak recover sama juga macam penyakit, setiap penyakit ada ubat kecuali mati, so dalam pengurusan manusia setiap problem ada penyelesaian lambat dan cepat, ya jika lambat banyak kemungkinan lain yang akan berlaku seperti staff resign atau company tu mati :(

bila involve dengan manusia bukan hati kita sahaja yang kita perlu fikirkan untuk dijaga tapi hati orang-orang disekeliling kita yang berkerja dengan kita direct atau indirect. jangan expect kita untuk dihargai jika kita susah nak hargai orang lain kecil atau besar.

pengalaman aku tak le banyak maner tapi memang cukup mencabar bile handle manusia, masing-masing ada goal, kehendak, nafsu dan ego maka adakala aku tak dapat nak memenuhi citarasa mereka.

MK said...

Memang takleh nak memenuhi citarasa semua orang, tapi kita boleh memenuhinya dari segi professionalisme dan kemanusiaan.

Aku pun skrg byk baca buku pasal management sebab tu halangan terbesar bg aku sekarang. Aku rasa kalau aku ada skill tahap dewa tapi nak explain, nak manage org tak lepas, susah.

Experience is a hard teacher, she gives the test first and the lessons later.

Ikhwan Hayat said...

Yes, the best teacher is experience. Sebab tu sbg org muda kadang2 kita kena hargai pengalaman org2 terdahulu.

Biasala, mcm aku jugak, darah muda, kadang taknak dengar cakap org.

Sebanyak mana pun kita membaca, kita gain knowledge, tapi benda2 tu tetap masih lagi teori yg kita belum apply sendiri. Jadi boleh ke kita mendabik dada kalau kita sendiri belum cuba sendiri? Practice might be very different than theory, we as developers should know better.

Kerjasama needs mutual respect dan kesabaran. Juga perlu memaafkan orang lain dan berbincang dgn telus dan jujur utk cari penyelesaian (bukan sbb lain).

Kalau sukar nak capai benda tu, mungkin lebih baik pergi. Tapi make sure kita pergi dgn cara baik.

Just a humble opion.