Wednesday, December 08, 2010

Susahnya nak menulis

Salam

Ini adalah nota developer yang tidak boleh digunakan di mana-mana mahkamah di Malaysia.

Kenkadang bila anda menulis anda akan dapat lebih kefahaman, kerana menulis artikel/nota tentang pengalaman anda didalam menyelesaikan sesuatu masalah yang teknikal cukup payah. Pertama bahasa yang digunakan kalau boleh orang lain pun boleh faham, dan kedua penerangan pun begitu juga. Jadi ambil masa nak merealisasikan apa yang ada dlm kepala otak untuk diterjemahkan kepada susunan ayat yang santai. Dan ada ketika pada pertengahan tulisan anda akan dapati apa yang ada faham tu sebenarnya tak tepat. Adakala apa yang anda faham itu betul , tetapi tak tepat bila disampaikan dan adakala awal-awal lagi apa yang anda fahami tu tak betul dan for sure bila sampaikan tak betul juga hujahnya. Aku rasa ini berlaku bukan terhad pada bidang teknikal, pada mana-mana bidang pun mcm tu lebih2 lagi bidang politik hahaha.

0 comments: