Friday, June 22, 2007

Update



*Gambar team, selepas makan kat Muzium Kesenian Islam

Saya sebenarnya menulis bukan sebab nak mengajar sesiapa atau nak tunjuk pandai,sebab saya sendiri tak pandai dan tak reti nak mengajar, cuma saya rasa untuk saya lebih faham.. saya perlu luahkan apa yang saya faham, sebab saya tak de murid maka saya luahkan dlm bentuk penulisan..dan saya tak ambik sesiapa jadi murid saya dlm bidang soft dev .. sebab saya categori org yang masih menuntut ilmu. Saya tak plan sgt tentang bahasa apa hendak tulis, sebab tu tatabahasa saya agak berterabur, saya bukan org sastera .. :)

Saya dah lama tak update pasal kerja, kerja kat company P, ok menarik.. enviroment pun agak tenang didalam team cuma ada bebrapa cubaan serangan dari luar, yang tak berapa suka kot melihat team ini memperkenalkan a few technolgy dlm soft dev. Saya masih lagi lead .Net team tapi saya memilih jalan alternatif.. :) .. walau org melihat kalau developer dari camp microsoft , mesti berfikir cara development soft akan follow cara yang di perkenalkan microsoft "pattern and best pratices from microsoft", saya agak terbuka dalam aliran soft dev, saya juga agak terbuka dlm memilih technology, saya tak memperkecilkan tech yang di develop oleh group lain *Java,Ruby etc, pada saya jika product mereka bagus ..saya akui dan jika berkesempatan saya juga berminat hendak mepelajari jika pun tidak secara direct tapi teknik penghasilan technolgy tersebut. Latar belakang saya juga dari java, jadi keinginan untuk ambil tahu perkembangan Java masih lagi ader.

Dalam handle .Net team di sini saya lebih memilih menggunakan agile process, dimana buat sedikit dan deliver kepada client kemudian ubah dan tambah lagi. Client tak semestinya client dalam ertikata apa yang kita faham.. dalam dev soft client saya boleh terdiri dari programmer yang perlukan code dan design saya dan juga dari QA unutk jalankan test dan dari pihak management sendiri.So bila saya develop sesuatu, lagi cepat saya bagi programmer untuk test dan extend code tersebut dan juga QA untuk test lagi cepat dan berkualiti code tersebut.

TDD dan DDD merupakan dua cara yang saya praktikan untuk buat agile, terdapat beberapa tools untuk menyokong process ini.Saya selesa dengan cara ini.

Emm .. apa lagi..nak update.. kerje lain:).. walau ader terfikir tapi bukan dlm jangka masa terdekat.

1 comments:

Anonymous said...

guru yahya,
kurang sorang lar..

ps: perempuan baju biru tu kiut ah :)