Monday, April 03, 2006

Test Driven Design & Domain Driven Design (Design & Test) - Part 2

Test Driven Design & Domain Driven Design Part 1

Saya akan beri satu context problem dalam project yang pernah saya buat dan pada saya context problem ini pada tahap sederhana untuk diselesaikan dan InsyAllah bagaimana cara Design & Test dapat membantu dalam menghasilkan software yang berkualiti.

Sebuah University mengarahkan Research Department supaya dapat mengendalikan Research University Project secara online. Antara objective sistem tersebut ialah seperti berikut:

1. Setiap Research Project akan mendapat payment grant dan pecahan nilai amount bergantung pada jenis-jenis research.Sistem berkeupayaan untuk mengendalikan pelbagai jenis Research Project seperti SponsoredResearch, UniversityResearch, PHDResearch.
Sebagai contoh jika jenis research ialah University Research, maka terdapat 5 pecahan dimana amount akan disalurkan.
Iaitu kepada ResearchAsisstant,Book,Travelling,Misc dan Equipment

2. Selepas payment grant diluluskan, pihak pentadbir akan membuat beberapa fasa (disbursement) pembayaran seperti "First Disbursement", "Second Disbursement".

3. Setiap kali disbursement dibuat, sistem perlu merekodkan baki.

Analisa Domain Yang Terlibat
============================

Apabila saya diberi context problem sebegini, saya akan mula melukis kemungkinan-kemungkinan domain model yang terlibat. Saya listkan domain-domain yang terdapat dalam context diatas.


"Setiap Research project akan mendapat payment grant dan pecahan nilai bergantung pada jenis2 research.Sistem berkeupayaan unutk
mengendalikan pelbagai jenis Research Project seperti SponsoredResearch,UniversityResearch,PHDResearch"

Perkataan yang saya boldkan adalah kemungkinan domain-domain yang perlu ada dlm context tersebut.
- Research
- Payment
- SponsoredResearch
- UniversityResearch
- PHDResearch

Research adalah entity pattern dalam DDD analisa, kerana kita perlukan unik identity untuk setiap Research. Perlu diingatkan unik identity bukan bermaksud id didalam
database samaada sequence atau nilai yang diberi. Sehingga level design ini kita tidak akan sentuh tentang database, sebaliknya unik identity bagi Research adalah seperti research project no yang boleh didapati dari kombinasi increment_record_number+deparment_code+research_type (001MGMT-LT01)

Selepas saya kenalpasti object tersebut, saya akan mula lukis domain model sama ada menggunakan kertas, white board (jika dalam kumpulan), atau
menggunaka UML IDE seperti Argo UML atau product-product lain seperti Visual Paradigm, Micrisoft Visio dan lain-lain.

Ok saya akan guna Visual Paradigm dan design tersebut adalah seperti berikut:



Dari analisa diatas juga SponsoredResearch,UniversityResearch,PHDResearch merupakan juga subset dari Research,maka saya akan buat inheritance asscociation. Perlu diingat jika SponsoredResearch atau yang lain-lain hanya merupakan salah satu jenis Research sahaja anda tidak perlu membuat inheritance object.Penting untuk anda utarakan semula jika terdapat persoalan adakah SponsoredResearch dan yang lain-lain mempunyai ciri-ciri yang berlainan (properties), jika tidak anda bolehlah meletakkan domain ResearchType sahaja mengantikan SponsoredResearch, UniversityResearch, PHDResearch.

Selain dari itu setiap Research akan mendapat payment grant, jadi terdapat asscociation antara Research dan Payment. Pada awal design jika tidak dinyatakan directional dan multiplicity domain-domain tersebut dalam context, maka saya tak akan masukkan dahulu directional dan multiplicity. Tetapi jika anda sudah mahir dengan design domain model tiada masalah pada peringkat awal untuk masukkan directional dan multiplicity. Ok saya akan pergi ke ayat yang berikut

"Sebagai contoh jika jenis research ialah university research, maka terdapat 5 pecahan dimana amount akan disalurkan.
Iaitu kepada ResearchAssistant,Book,Travelling,Misc dan Equipment"

"Selepas payment grant diluluskan, pihak pentadbir akan membuat beberapa phasa (disbursement) pembayaran seperti "First Disbursement""

Dari perenggan ayat diatas terdapat beberapa saluran dimana amount grant yang diberi akan disalurkan iaitu ResearchAssistant,Book,Travelling,Misc dan Equipment.
Apabila saya buat analisa , jika terdapat maklumat yang kurang jelas, saya akan berjumpa semula pada (Domain Expert) - Domain Expert orang yang arif tentang process pengendalian Research Project dalam context harian seperti Pegawai Executive Research Department.

Antara soalan yang perlu saya utarakan - * Disini akan terlibat analisa pattern dalam Domain Driven Design:
1. Adakah perlu untuk mengetahui siapa ResearchAssistant yang terlibat atau hanya maklumat kemana amount tersebut diberikan?
2. Adakah perlu untuk mengetahui secara specific buku-buku yang dibeli?
3. Adakah perlu untuk merekodkan aktivity Travelling
4. Adakah perlu untuk merekodkan Misc
5. Adakah perlu untuk merekodkan Equipment

Untuk context diatas kesemua saluran dimana amount akan disalurkan tidak melibatkan sebarang maklumat terperinci bagaimana amount yang diberi akan dibelanjakan atau kepada siapa wang tersebut akan diberi, sebaliknya hanyalah untuk mengetahui
pecahan amount yang disalurkan sahaja. Maka saya dapati domain yang ada hanyalah PaymentItem dan PaymentItemType.

PaymentItem adalah entity kerana PaymentItem bertanggugjawab kepada beberapa fasa seperti fasa "AmountApproved", fasa "First Disbursement", fasa-fasa ini dikendalikan oleh domain PaymentType (dalam DDD dikenali sebagai ValueObject) manakala
PaymentItemType juga adalah ValueObject kerana saya hanya ingin mengetahui maklumat saluran mana wang disalurkan samaada disalurkan kepada ResearchAssitant,
Travelling,Book,Misc atau Equipment.

Bersambung

0 comments: