Tuesday, April 18, 2006

Minggu yang busy

Saya tak dapat update sebarang code atau artikel on Software Development, agak sibuk kebelakangan ini..

Tuesday, April 04, 2006

Test Driven Design & Domain Driven Design (Design & Test) - Part 3

Artikel sebelum ini:

Test Driven Design & Domain Driven Design (Side By Side Analisa) - Part 1
Test Driven Design & Domain Driven Design (Design & Test) - Part 2

Artikel sebelum ini, saya terangkan secara ringkas bagaimana saya bina domain model dari Use Case (RUP Style) / User Story (XP Style). Sebelum saya terangkan detail sambungan artikel ini, saya nak bawa sedikit maklumat tentang TDD. Pada artikel sebelum ini, saya tak berkesempatan nak cerita tentang TDD, saya anggap sesiapa yang berminat supaya dapat cari sendiri maklumat berkaitan TDD di search engine. Cuma saya akan tulis maklumat ringkas tentang TDD.


TDD - Test Driven Design menitikberatkan supaya any software development bermula dengan simple test dan pastikan test tersebut lulus, kemudian buat lagi test untuk User Story yang lain.

Kembali ke context problem sebelum ini berkaitan Research Management. Antara point penting dalam context tersebut ialah part payment dimana payment boleh dikategory kepada beberapa type dan setiap payment mempunyai beberapa saluran kemana amount tersebut dibahagikan. Saya bawa contoh dalam gambar dibawah.


Saya ada buat beberapa perubahan pada domain model design, berdasarkan beberapa soalan yang ditanya pada Domain Expert.Contoh adalah seperti dibawah.




Memang pada permulaan saya design agak simple dan saya akan buat simple test untuk domain model ini.

using System;
using NUnit.Framework;
using System.Collections;



namespace ResearchDomainTest
{
/// <summary>
/// Summary description for ResearchTest.
/// </summary>
///
[TestFixture]
public class ResearchTest
{
private Research r;
private Payment p;
private PaymentItem pi;

[SetUp]
public void SetUp()
{
r = new Research();
p = new Payment();
pi = new PaymentItem();
}

[TearDown]
public void TearDown()
{
r = null;
p = null;
pi = null;
}

[Test]
public void TestResearchWithResearchCategory1()
{
r.ResearchCategory = "UniversityResearch";
Assert.AreEqual("UniversityResearch",r.ResearchCategory);

r.ResearchCategory = "SponsoredResearch";
Assert.AreEqual("SponsoredResearch",r.ResearchCategory);
}


[Test]
public void TestPaymentWithPaymentType()
{
p.PaymentType = "AmountApproved";
Assert.AreEqual("AmountApproved",p.PaymentType);
}

[Test]
public void TestPaymentItemWithPaymentItemType()
{
pi.PaymentItemType = "ResearchAssistant";
Assert.AreEqual("ResearchAssistant",pi.PaymentItemType);
}

[Test]
public void TestResearchWithManyPayment()
{
Payment p1 = new Payment();
p1.PaymentType = "AmountApproved";
r.payments.Add(p1);

Assert.AreEqual(1,r.payments.Count);

Payment p2 = new Payment();
p2.PaymentType = "FirstDisbursement";
r.payments.Add(p2);

Assert.AreEqual(2,r.payments.Count);

}

[Test]
public void TestPaymentWithManyPaymentItem()
{
Payment p1 = new Payment();
p1.PaymentType = "AmountApproved";

PaymentItem pit1 = new PaymentItem();
pit1.PaymentItemType = "ResearchAssistant";

p1.paymentItems.Add(pit1);

Assert.AreEqual(1,p1.paymentItems.Count);

}
}
}

Plan Project Baru

Minggu nie, saya dah start kerja semula kat DC Smk, setelah lebih 3 bulan kat DC Wm buat inventory system. Pagi nie terima request dari internal group nak tambah a few features dalam sistem Network Operation Docket. Saya plan untuk upgrade sahaja NOD kepada new system menggunakan .Net Framework 2.0 + NHibernate + SpringFramework.

Banyak juga nak kena plan jika nak upgrade ke .Net Framework 2.0. Previous NOD saya develop guna NHibernate tapi pada masa tu.. saya tiada ilmu dalam SpringFramework dan cara development process follow RUP.. :) Ialah masa tu baru lepas pergi course Rational Rose tentang RUP + OOAD , then saya bnyk juga follow buka Craig Larman -Applying ULM & Pattern.

Jadi jika ada kesempatan untuk next project saya akan guna TDD+DDD agile process.

Monday, April 03, 2006

Test Driven Design & Domain Driven Design (Design & Test) - Part 2

Test Driven Design & Domain Driven Design Part 1

Saya akan beri satu context problem dalam project yang pernah saya buat dan pada saya context problem ini pada tahap sederhana untuk diselesaikan dan InsyAllah bagaimana cara Design & Test dapat membantu dalam menghasilkan software yang berkualiti.

Sebuah University mengarahkan Research Department supaya dapat mengendalikan Research University Project secara online. Antara objective sistem tersebut ialah seperti berikut:

1. Setiap Research Project akan mendapat payment grant dan pecahan nilai amount bergantung pada jenis-jenis research.Sistem berkeupayaan untuk mengendalikan pelbagai jenis Research Project seperti SponsoredResearch, UniversityResearch, PHDResearch.
Sebagai contoh jika jenis research ialah University Research, maka terdapat 5 pecahan dimana amount akan disalurkan.
Iaitu kepada ResearchAsisstant,Book,Travelling,Misc dan Equipment

2. Selepas payment grant diluluskan, pihak pentadbir akan membuat beberapa fasa (disbursement) pembayaran seperti "First Disbursement", "Second Disbursement".

3. Setiap kali disbursement dibuat, sistem perlu merekodkan baki.

Analisa Domain Yang Terlibat
============================

Apabila saya diberi context problem sebegini, saya akan mula melukis kemungkinan-kemungkinan domain model yang terlibat. Saya listkan domain-domain yang terdapat dalam context diatas.


"Setiap Research project akan mendapat payment grant dan pecahan nilai bergantung pada jenis2 research.Sistem berkeupayaan unutk
mengendalikan pelbagai jenis Research Project seperti SponsoredResearch,UniversityResearch,PHDResearch"

Perkataan yang saya boldkan adalah kemungkinan domain-domain yang perlu ada dlm context tersebut.
- Research
- Payment
- SponsoredResearch
- UniversityResearch
- PHDResearch

Research adalah entity pattern dalam DDD analisa, kerana kita perlukan unik identity untuk setiap Research. Perlu diingatkan unik identity bukan bermaksud id didalam
database samaada sequence atau nilai yang diberi. Sehingga level design ini kita tidak akan sentuh tentang database, sebaliknya unik identity bagi Research adalah seperti research project no yang boleh didapati dari kombinasi increment_record_number+deparment_code+research_type (001MGMT-LT01)

Selepas saya kenalpasti object tersebut, saya akan mula lukis domain model sama ada menggunakan kertas, white board (jika dalam kumpulan), atau
menggunaka UML IDE seperti Argo UML atau product-product lain seperti Visual Paradigm, Micrisoft Visio dan lain-lain.

Ok saya akan guna Visual Paradigm dan design tersebut adalah seperti berikut:



Dari analisa diatas juga SponsoredResearch,UniversityResearch,PHDResearch merupakan juga subset dari Research,maka saya akan buat inheritance asscociation. Perlu diingat jika SponsoredResearch atau yang lain-lain hanya merupakan salah satu jenis Research sahaja anda tidak perlu membuat inheritance object.Penting untuk anda utarakan semula jika terdapat persoalan adakah SponsoredResearch dan yang lain-lain mempunyai ciri-ciri yang berlainan (properties), jika tidak anda bolehlah meletakkan domain ResearchType sahaja mengantikan SponsoredResearch, UniversityResearch, PHDResearch.

Selain dari itu setiap Research akan mendapat payment grant, jadi terdapat asscociation antara Research dan Payment. Pada awal design jika tidak dinyatakan directional dan multiplicity domain-domain tersebut dalam context, maka saya tak akan masukkan dahulu directional dan multiplicity. Tetapi jika anda sudah mahir dengan design domain model tiada masalah pada peringkat awal untuk masukkan directional dan multiplicity. Ok saya akan pergi ke ayat yang berikut

"Sebagai contoh jika jenis research ialah university research, maka terdapat 5 pecahan dimana amount akan disalurkan.
Iaitu kepada ResearchAssistant,Book,Travelling,Misc dan Equipment"

"Selepas payment grant diluluskan, pihak pentadbir akan membuat beberapa phasa (disbursement) pembayaran seperti "First Disbursement""

Dari perenggan ayat diatas terdapat beberapa saluran dimana amount grant yang diberi akan disalurkan iaitu ResearchAssistant,Book,Travelling,Misc dan Equipment.
Apabila saya buat analisa , jika terdapat maklumat yang kurang jelas, saya akan berjumpa semula pada (Domain Expert) - Domain Expert orang yang arif tentang process pengendalian Research Project dalam context harian seperti Pegawai Executive Research Department.

Antara soalan yang perlu saya utarakan - * Disini akan terlibat analisa pattern dalam Domain Driven Design:
1. Adakah perlu untuk mengetahui siapa ResearchAssistant yang terlibat atau hanya maklumat kemana amount tersebut diberikan?
2. Adakah perlu untuk mengetahui secara specific buku-buku yang dibeli?
3. Adakah perlu untuk merekodkan aktivity Travelling
4. Adakah perlu untuk merekodkan Misc
5. Adakah perlu untuk merekodkan Equipment

Untuk context diatas kesemua saluran dimana amount akan disalurkan tidak melibatkan sebarang maklumat terperinci bagaimana amount yang diberi akan dibelanjakan atau kepada siapa wang tersebut akan diberi, sebaliknya hanyalah untuk mengetahui
pecahan amount yang disalurkan sahaja. Maka saya dapati domain yang ada hanyalah PaymentItem dan PaymentItemType.

PaymentItem adalah entity kerana PaymentItem bertanggugjawab kepada beberapa fasa seperti fasa "AmountApproved", fasa "First Disbursement", fasa-fasa ini dikendalikan oleh domain PaymentType (dalam DDD dikenali sebagai ValueObject) manakala
PaymentItemType juga adalah ValueObject kerana saya hanya ingin mengetahui maklumat saluran mana wang disalurkan samaada disalurkan kepada ResearchAssitant,
Travelling,Book,Misc atau Equipment.

Bersambung

Friday, March 31, 2006

Test Driven Design & Domain Driven Design (Side By Side Analisa)

Sebelum saya teruskan perbincangan tentang Domain Driven Design, saya nak cerita sikit pasal Test Driven Design, banyak sangat agile process sekarang ini dan saya pun bukan expert sangat nak bercerita detail pasal Agile Process, cuma kalau ada pengalaman menggunakannya InsyaAllah saya ceritalah serba sedikit.

Saya pada asas nya tak berapa follow pure Test Driven Design, saya lebih suka very light bila implement dalam satu-satu project. Kebiasaanya saya akan buat (analisa-test) nyer cara side by side.

Sebelum saya menggunakan Test Driven Design, saya lebih mengikut cara Rational Unified Process, dari user requirement,analisa , coding dan documentation. Tapi apabila project yang semakin besar dan perubahan dari customer sentiasa ada dan masa untuk deliver skrg semakin pendek, saya tak pasti RUP adalah cara yang sesuai. Mungkin saya tak expert dgn RUP, sebab itu saya tak boleh catch up perubahan-perubahan yang dikehendaki oleh customer.Oklah Saya tak nak bercerita panjang berkaitan RUP, tapi nak tumpukan pada bagaimana Test Driven Design & Domain Driven Design boleh digabungkan didalam project.

Bila saya terlibat didalam sesuatu project, skrg nie saya tidak lagi buat fully analisa dengan Domain Model, saya akan go step by step.. saya akan define dahulu object yang terlibat yang hanya mempunyai simple association tetapi bukan semua domain terlibat mungkin 2 atau 3 domain model dahulu dan saya tak letak any properties dan method dalam domain tersebut. Domain tersebut saya akan transfer ke code menjadi class-class. Kemudian saya akan buat simple unit test untuk saya test domain tersebut memenuhi keperluan2 yanag diperlukan, jika test tersebut berjaya saya akan tambah lagi domain-domain lain dan buat unit test lagi.

Pada pendapat saya, saya juga akan buat full domain model dengan association jika perlu tetapi masih lagi mengekalkan teknik tidak meletakkan sebarang properties dan method dalam domain model tersebut. Properties dan method hanya akan diletakkan semasa membuat unit test code. Semasa process define domain-domain model yang ada dalam sesuatu context problem saya akan gunakan any Domain Driven Pattern yang sesuai seperti Entity,Value Object,Aggregate Boundry.

Tuesday, March 28, 2006

Domain Driven Design, NHibernate & SpringFramework - Part 1

Saya dah lama bercadang hendak menulis tentang Domain Driven Design, NHibernate dan SpringFramework dan menggunakan ketiga-tiga teknologi ini dalam asp.net (C#) cuma masa saya agak terhad, saya juga cuba untuk sekurang-kurangnya memberi pengenalan akan teknologi-teknologi ini..InsyAllah.Saya juga akan listkan beberapa tools dan link website yang saya fikirkan menarik.

Untuk membina sesuatu software yang boleh di kategori sebagai enterprise, analisa keseluruhan perlu merangkumi design,performance dan flexiblity. Selain dari itu kebolehan code2 yang ditulis untuk menerima perubahan-perubahan baru (requirement) juga perlu di ambil kira.

Pertama sekali NHibernate library perlulah di download di NHibernate Official WebSite.
Selain dari itu saya juga menggunakan SpringFramework.Net untuk Dependency Injection. Dynamic Link Library dan source code untuk SpringFramework.Net boleh di download di SpringFramework.Net.

Domain Driven Design bukan tools atau software sebaliknya merupakan Agile process dalam software development. Terpulang kepada developer..hendak guna agile process yang sesuai.. seperti Test Driven Design, Rational Unified Process, Feature Driven Design , XP-programming atau lain-lain. Info berkaitan Domain Driven Design.

Jadi saya dah senaraikan 3 sumber utama untuk first Simple Project Tutorial ini.

Monday, March 27, 2006

Interview

Minggu lepas saya attend interview untuk jawatan .Net Software Engineer (C#), agak gemuruh jugalah..sebenarnya saya dah lama tak lalui interview untuk company luar.. , kalau internal interview untuk kenaikan level pernah lah juga..

Saya jangka dalam 30min sahaja interview tersebut.. tengok jam dah 45 min saya kat dalam bilik interview..di hadapan 2 orang panel. Soalan berkisar pada Agile Software Process .. seperti User Requirement, Software Quality,Unit Testing .. Version Control..Integration.

Jumaat lepas dpt jawapan first interview..Alhamdulillah first interview berjaya.. cuma ada perbincangan lagi berkaitan salary.. :)

Ya Allah berilah aku petunjuk..

Thursday, March 16, 2006

User Management - Domain Model

Beberapa discussion menarik tentang User Management , bagaimana hendak design very dynamic user management atau boleh di panggil Role Based Model . Saya suka design Role dan Security Access dalam domain yang berlainan, memang terdapat beberapa pakar dlm enterprise architecture suka masukkan sekali security level dlm role tapi saya tak nampak advantage yang besar dan juga tiada kelebihan dari segi dynamic access control pada object.
Person 1-* ----> 1-* Role 1.* ----> 1-*Rights

Bersambung

Wednesday, March 15, 2006

Fit: Framework for Integrated Test

Saya berkesempatan download FIT.Net dan run a few test guna code sendiri. Menarik.. test tool FIT.

Di ambil dari page FIT -
"Great software requires collaboration and communication. Fit is a tool for enhancing collaboration in software development. It's an invaluable way to collaborate on complicated problems--and get them right--early in development.
Fit allows customers, testers, and programmers to learn what their software should do and what it does do. It automatically compares customers' expectations to actual results."

Running Test - IrwanTest





IrwanTestFit.TestFit
iyAdd()
100100200
100300300


Selepas running Test

Running Test - IrwanTest






IrwanTestFit.TestFit
iyAdd()
100100200
100300300 expected

400 actual


Code Test
============
using fit;
using System;

namespace IrwanTestFit
{
public class TestFit : ColumnFixture
{
public int i;
public int y;

public int Add()
{
return i + y;
}
}
}

Tuesday, March 14, 2006

FluentInterface - update project

Saya tertarik perbincangan dlm web Jimmy Nilsson http://www.jnsk.se/weblog/posts/fluentnworkspace.htm

Jadi dlm perancangan, saya rasa baik juga jika saya cuba FluentInterface dalam project NHibernateExpression in comman English mungkin boleh juga untuk Bahasa Melayu..

IList query = new NHibernateQueryImpl(Product)
.dimana("productname").sama("UbatGigi").dan("harga").besaratausama("10.00")
.paparkan();

Problem Sql Reporting Services

Problem yang tak dijangka selepas install SQL 2005 Express Edition, instance pada SQL 2000 berubah, jadi bila nak run ReportServer ada error connection key, kena reinstall encryption key, tapi cari dalam harddisk takda buat backup rsdbkey.txt, kena cari solution lain nak selesaikan masalah nie..

Alhamdulillah setalah cuba beberapa solution dan akhirnya pagi ini berjaya buat connection semula ke ReportServer. First saya delete dulu semua configuration ReportServer. Run command rskeymgmt. Command file terdapat dalam c:\Program Files\Microsoft Sql Server\80\Tools\Binn

Step 1
======
c:\Program Files\Microsoft Sql Server\80\Tools\Binn\rskeymgmt -d

Step 2
======
c:\Program Files\Microsoft Sql Server\80\Tools\Binn\rsconfig -c -s ryzam-tmnet -d ReportServer -a windows

Step 3
======
Compile semula datasource dalam Report Designer, delete semua report file dalam ReportServer dan deploy semula.

Done!

Monday, March 13, 2006

Macam-macam pasal Development

Minggu lepas saya dah download 2 tools development
1. Visual Web Developer 2005 Express Edition
2. Visual C# 2005 Express Edition

Saya cuba lah try satu 2 contoh starter kit yang diberi download secara percuma, first sekali yang saya interesting ialah berkaitan Generic.. tapi masih kabur lagi,belum start any test guna Generic, so tak dpt nak beri input.

Cuma dalam Web Developer kita tidak boleh lagi add additional C#/VB.Net project dalam solution tersebut, dalam Web Developer ada disediakan satu special folder untuk tulis library dlm language yang dipilih , nama folder tersebut App_Code, so any c# /VB.Net class boleh tulis dlm folder tersebut.

Any project kita boleh tulis guna Visual C# dan add reference dlm Web Developer, so untuk project mcm nie... mesti buka 2 visual tools.. jika guna yang free lahh..kalau guna Visual Studio Standard Edition dan keatas, semua project boleh ada dlm satu solution dan pelbagai project boleh add dalam satu solution.

NHibernate & DDD
Development project untuk contoh NHibernate & DDD saya dah buat, Alhamdulillah setakat ini process design dan coding code berjalan lancar..cuma minggu lepas tak dpt update banyak.. a few friends dlm DDD yahoo group dah review code project ini.. and tunggu feedback je lahh..
Future plan nak masukkan generic implemantation dlm code..

Salah seorang member dlm group bagi saya contoh bagaimana dia implement nworkspace archictecture design http://www.jnsk.se/weblog/posts/nworkspacewhy.htm
.. nice design saya tgk.. but tak sama dgn konsep yang saya design.


Thursday, March 09, 2006

Damia Bisyri

Sikecil comel Damia Bisyri demam.. dapat call dari nursery kata badan dia panas sikit risau juga bila dapat tahu anak kecil demam... kesian susah dia nak tidur malam.. asyik terjaga sahaja.. Moga Allah sembuhkan puteri kesayangan kami.

Minggu nie ada 2 project maintenance nak kena selesaikan, satu ialah data migration untuk Research Center UIA, malam tadi tidur lewat cuba clean and matchkan data yang group IT UIA bagi dalam Access. Macam-macam problem timbul masa nak cari Researcher Id sebab dalam Access mereka simpan Principal Researcher dan Co-Researcher dalam satu field.

Hari sabtu ada progress meeting dengan group ACMS Project dan HeadStaters Singapore, project nie pun satu hal rumit, sebab dari awal process development dah berterabur, saya join bila project dah sakit..jadi saya pun sakit kepala.....

Update
Minggu nie saya nak start development dlm .Net 2.0 Framework, tak berkesempatan nak explore detail ASP.Net 2.0 dan C# 2.0 sebelum nie, dari apa yang saya baca ada a few features yang menarik seperti Generic.
Beberapa tool saya dah download semuanya free dan yang ok boleh digunakan dalam commercial project.
- http://msdn.microsoft.com/vstudio/express/vwd/default.aspx - Visual Web Developer Express
- http://msdn.microsoft.com/vstudio/express/vwd/default.aspx - Sql Server 2005 Express

- http://msdn.microsoft.com/vstudio/express/visualcsharp/ - Visual C# Express

Tuesday, February 21, 2006

Entity - DDD pattern

Entity pattern - Diperkenalkan dalam group DDD (Domain Driven Design), setiap entity mesti mempunyai unik identity membezakannya dengan entity objek lain. Berbeza dengan Identity database, Identity tersebut merupakan relation between table dan row.

Monday, February 20, 2006

Kerja

Alhamdulillah, awal tahun ini ada 2 offer dari company untuk ambil saya bekerja sebagai .Net Developer/Consultant, offer pertama dari company yang terlibat dengan syarikat Oil And Gas sebagai contract developer dan satu lagi company yang terlibat dengan core software development, gaji.. memang menarik. Tapi saya tak dapat nak join mereka atas sebab-sebab tertentu.. adakah saya memilih? atau saya dah selesa bekerja di company sekarang?.. ntahlah..tapi keutamaan saya dlm bekerja ialah masa yang flexible..dan juga masa bersama keluarga :)

Awal minggu nie saya terima satu lagi offer, tapi perlu hadiri interview..:) part nie memang lemah sikit..tak pandai nak cakap apa.. :) gaji saya tak plan nak letak berapa..tengoklah dalam sehari dua nie.. insyAllah..

Wednesday, February 15, 2006

Domain Driven Design

Salah satu methodology software development yang saya apply dalam industri software ialah Domain Driven Design (DDD). Cukup menarik pada pandangan saya apa yang diketengahkan oleh pakar-pakar DDD, anda boleh mendapat maklumat lanjut di
Domain Driven Design.

Update
Saya masih belum lagi explore secara mendalam .Net Framework 2.0, masih banyak lagi saya tak tahu, banyak project yang saya handle masih menggunakan Framework 1.1, Untuk start nie.. saya plan bermula dengan Visual Web Developer 2005.

Tuesday, February 14, 2006

Cuba menulis semula

Assalamualaikum,

Lama saya tidak update dalam website ini, kesibukan masa dan melayan kerenah sikecil damia bisyri.. InsyAllah saya akan update dengan latest info tentang software developement.

W'salam

Friday, March 11, 2005

NHibernate

NHibernate

Satu OR mapper yang agak menarik, saya mula menggunakan NHibernate dari version 0.3 alpha dan sekarang sudah mencapai 0.7 Beta.


Buku "Hibernate in Action" ditulis untuk developer Java tetapi bagus sebagai sumber pengetahuan.

Wednesday, November 03, 2004

Assalamualaikum

Ramadhan Al-Mubarak semakin hampir ke penghujung, sedih apabila bulan yang penuh keberkatan ini cuma beberapa hari sahaja lagi, amat berbahagia mereka yang dapat memenuhkan bulan Ramadhan ini dengan beribadah kepada Allah..