Pemilihan language,tools dan methodology/process sama seperti cara untuk buat pilihan pembelian hartanah (rumah/bangunan/tanah), jika pilihan anda tepat dan kena pada masa, insyAllah berbaloi-baloi.
Pemilihan dalam ertikata untuk anda betul-betul mahirkan diri dengan sesuatu yang dipilih, tetapi anda digalkkan untuk mengambil tahu secara asas saingan-saingan yang lain. Anda tidak pelulah terlalu ekstrim dengan sesuatu yang dipilih, tetapi perlulah mempunyai sikap terbuka dalam menerima kritikan terhadap sesuatu yang menjadi pilihan dalam kehidupan software developer.
Memilih untuk mahir sesuatu perkara adalah lebih bagus dari tahu semua benda tapi tiada kemahiran. Memang anda digalakkan untuk sentiasa mempunyai sikap ingin tahu, tapi dari segala keperluan dalam software developement pilihlah 1,2 atau 3 perkara yang anda betul2 mahir - timur barat utara dan selatan.
Untuk aku pula pada masa ini aku invest(masa dan tenaga) untuk mendapat skill dalam 3 perkara. Pemilihan aku ialah mahirkan Domain Driven Design, fahami NHibernate/FluentNhibernate dan juga C# .Net
So bila aku buat target apa yang menjadi keutamaan aku dalam software development aku akan beri tumpuan kepada ketiga-tiga perkara diatas. Jika orang bertanya aku tentang T-SQL aku sekadar boleh beri pendapat tetapi bukan sebagai best practices begitu juga bila ditanya tentang testing framework/approach aku juga boleh bercerita permukaan tetapi tidak mendalam.
Maka pada aku keperluan untuk setkan target dan keutamaan apabila memilih pelbagai technology adalah sama seperti cara apabila hendak buat pembelian hartanah. Buat survey dan research supaya pilihan anda tepat.
2 comments:
Salam ryzam..
Nak tanya kat Malaysia ni ada kelas tak untuk belajar DDD ni. Ada profesional course ke.. Berminat nak mendalami setelah membaca blog anda.
Rasanya tak ada professional course untuk DDD ditawarkan di Malaysia. Saya ada buat training for any company yang berkaitan dgn DDD + NHibernate
Post a Comment