Wednesday, February 17, 2010

Update

2 minggu lepas, aku rase jemu dengan senario politik malaysia, sebab tu 2 tulisan aku sebelum ini tak de kena mengena dengan programing dan software development.


Project Mars dah rollout Nationwide hampir 2 minggu dan Alhamdulillah semua berjalan lancar, adalah juga beberapa bugs yang tidak berapa kritikal dijumpai. Cuma masa untuk aku review code dan refactor belum sempat. Aku cuti Chinese New Year tak sentuh komputer langsung, plan balik awal sehari kerumah dari kampung dapatlah juga membersihkan code-code dari anasir2 yang tak diingini tapi tak kesampaian, penat dan rasa malas nak fikir pasal programming selepas 3 hari bercuti kat kampung pun ada. Aku balik kampung awal, kerana makcik sebelah wife meninggal dunia, banyak gak lah urusan kat kampung.

Aku sekarang banyak meluangkan masa untuk belajar lagi mendalam tentang CQRS, target aku tahun nie supaya dapat implement full CQRS project dalam mana-mana project yang akan datang. Aku dah cuba dengan sikit2 konsep CQRS dan nampak beberapa kelebihan.


0 comments: