This week penat lain macam, ketiga-tiga anak aku demam serentak. Bermula dengan anak sulung aku, sehari selepas tu anak aku no 2 dan yang ke 3 pun kena demam. Deeni Husna anak aku yang no 2 susah nak makan ubat, jadi kena guna psychology sikit. Aku suruh dia lumba makan ubat dengan kakak dia..saper yang menang boleh dapat gula :) Risau tengok dia menggigil-gigil tak sedap badan, tapi Alhamdulillah doktor check kata demam biasa sahaja, tekak merah ada infection sikit. Kawasan rumah aku pun ada beberapa kes demam denggi.Time dia orang demam nie lagi banyak demand dia, especially Damia Bisyri, so yang lain tu pun ambil can lah follow leader, nak buku colorlah, nak pencil, nak tengok CD upin-ipin. Aku dan wife aku dah lama tak tengok TV nak masuk 2 bulan, setiap malam sebelum dia orang nak tidur, mesti dia orang nak tengok CD kartun, upin-ipin,madagascar,nemo, iqra so aku memang dah tak de masa nak tengok tv.
Plan aku nak sambung tulis NHibernate Siri minggu nie tak jalan sangat, kalau sempat insyAllah aku sambung.
Wednesday, May 27, 2009
Bila anak demam
Posted by ryzam at 5:38 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment