Tugas sekarang sebagai Software Architect agak mencabar tetapi bukan disebabkan masalah berkaitan software itu sendiri, cuma senario sekeliling yang membuat tumpuan kerja agak terganggu. Aku pada dasarnya tak berminat nak bincangkan masalah kerja yang tiada kaitan dengan technical/architecture/coding tapi situasi kebelakangan ini amat menghantui keupayaan aku untuk memimpin sesebuah department yang pada mulanya agak besar dan berkurang disebabkan masalah kepimpinan, kepercayaan dan ketidakpuasan hati terhadap sesuatu perkara. Tapi walaupun ada beberapa pihak tidak berapa optimist akan keupayaan organisasi ini untuk terus maju kehadapan, aku masih lagi menaruh harapan agar project ini berkembang, berjaya saing dan menjadi kebanggaan umat Islam.
Aku akui tugas aku sebagai "Head Of Department", tidak berjaya memberi impak yang positif kepada staff aku, mungkin aku masih lagi kurang ilmu, ya ilmu tu luas, semakin kita mencari ia, semakin kita akui banyak yang kita tidak tahu sebenarnya. Aku cuba sedaya munkin untuk drive team aku kepada sesuatu yang boleh dibanggakan, cuma perasaan aku, aku gagal kali ini, biar aku akui ini dari orang lain bagi tahu "you're fail". Tapi kegagalan ini bagus untuk aku, kerana sekarang aku tahu kelemahan utama aku ialah kepercayaan staff kepada aku untuk mereka membina kerjaya yang cemerlang disini kemungkinan hanyalah khayalan. Hari ini aku terima lagi satu surat perletakan jawatan kali yang keberapa ntah aku pun tak tahu. Sekrang baru terasa apabila ada staff yang hantar surat perletakan jawatan.eemm, dahulu aku yang biasanya hantar surat ini keatas. Aku tak berminat hendak salahkan pihak atasan. Aku bukannya tak kisah jika ada staff bawahan aku meletak jawatan, ia menjadi penanda aras KPI aku sebenarnya. Aku boleh terima kritikan secara terbuka, kenapa tidak sebab ianya bagus untuk terus menjadi yang terbaik.
Walau bagaimana pun insyAllah segalanya akan berjalan lancar. Aku masih lagi bersemangat untuk terus memberi kepakaran selagi diperlukan.
Tuesday, March 03, 2009
Catatan...
Posted by ryzam at 12:10 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Takper tuan guru tuh semua dugaan semata2. Biasa laa bila makin senior keje makin technical cam makin kurang. Tapi keje melibatkan manusia makin banyak. Nak jaga anak buah supaya tak pergi memang payah
Memang susah nak jadi ketua. Kena proaktif. Kalau tengok sorang mamat tu dok dalam unit sorang sorang buat keje banyak, cepat-cepatlah cari org untuk tolong dia. Sebab manusia sukar nak buat kerja sorang sorang kalau kerja tu perlukan kerjasama (akan effect emosi dan prestasi).
"Numbers are nice, interesting and important and can be used to run a company but we shouldn't use it to run our people. When it comes to people things that matter are skill, pride, appreciation, confidence and cooperation."
Post a Comment