Ada lagi beberapa jam nak close daily operation kat bukit raja, so far Alhamdulillah belum ada lagi kritikal issue dimana sytem terpaksa dihentikan. Oleh kerana sistem ini melibatkan transaksi duit so semua debit,credit, balance cukup penting. Tak senang duduk jugak le nak melayan persoalan yang timbul dari user.
Monday, January 04, 2010
1st Day Pilot Project - Bukit Raja
Posted by ryzam at 4:33 PM 1 comments
Sunday, January 03, 2010
Pilot Project
Selepas 5 bulan terlibat dalam development MaRS project sebagai Solution Architect (consultant), insyAllah esok pilot project untuk satu site akan digunakan. Sebulan bergelumang dengan bug fixing, code review , query tuning cukup-cukup memenatkan dan beberapa project yang lain juga sedang berjalan. Aku agak tertekan dalam situasi sekarang ini, confidence level aku untuk code Mars untuk pergi live adalah ditahap 70%, dalam kenkangan team members yang lain agak fresh dalam pengalaman membangunkan enterprise system, aku terpaksa memikul tanggungjawab sebagai consultant merangkap developer, tester. Bulan lepas 2 org dalam team nie resigned, aku tak sure sebab aku orang luar,tapi momentum project nie agak terganggu kerana salah seorang yang berhenti tersebut ialah senior developer yang juga menjadi system analyst.
Aku pada mula tekankan cara tulis code separation of concern tapi aku rasa dia orang masih tak dapt nak menjiwai kenapa perlukan cara tersebut, dan oleh kerana aku tak sempat nak review semua code orang , maka aku dapat rasakan akan ada code yang ditulis seakan TransactionScript .
Code scenario test aku masih cover hanya 40% dari keseluruhan scenario penting. Aku berdoa, semoga pilot project berjalan lancar dan nationwide deployment pun success.
Just untuk update, dari segi framework, tools dan approach yang aku guna dalam team ini.
.Net Framework 3.5
ASP.Net MVC 1
NHibernate 2.1
FluentNHibernate
NHibernateLinq
Coolite - ExtJS
MSpec, NUnit
IIS 7
SQL Server 2005
Posted by ryzam at 10:56 PM 3 comments