Tuesday, August 08, 2006

ItemBanking - Analisa

Malam tadi saya start analisa project freelance yang baru ItemBanking, buat sikit simple requirement dan beberapa process flow. Agak menarik juga untuk design domain model bagi ItemBanking. Saya start dgn domain Course dan lebih kurang 3 jam, saya dah completekan 60% domain yang terlibat dalam ItemBanking.

Tengok jam dah pukul 1 pagi, tengok anak dah tidur, dia macam haus, saya pergi buatkan susu dan perhatikan dia minum..

Tgh hari tadi company yang pernah ambil saya buat freelance project eTender call saya, minta saya datang discuss satu lagi freelance project database driven juga. Alhamdulillah dapat satu lagi project, insyAllah rezeki anak dan keluarga. Saya berani untuk ambil project ini kerana project ItemBanking saya hanya terlibat dalam core design dan bukannya dalam UI.

Saya ada juga discuss dgn seorang kawan untuk buat 1 hari free class introduction unutk Domain Driven Design dan Test Driven Design, skrg nie nak dapatkan masa dan tempat.

Friday, August 04, 2006

Development Issue

Design domain model memerlukan latihan yang berterusan, setiap applikasi memerlukan cara yang berlainan.

Jadi perlu diingat design domain model bukan nyer didapati dalam bentuk teori, seseorang boleh tulis panjang lebar dan bermacama teknik nak buat design model, tapi unutk merasai cabaran sebenenar design domain model ialah dengan ambil kertas kosong dan conteng apa-apa domain yang terlibat dalam aplikasi, latihan demi latihan memastikan anda faham bagaimana handak menyelesaikan sesuatu masalah.

Saya juga adakala bila design domain model..memerlukan beberapa kali tune design baru dapat domain model yang pada saya, saya berpuashati.. adakala bila saya dah jalankan unit test, then saya dapati domain model saya tidak boleh menampung tambahan keperluan jika ada, jadi saya kena pergi semula ke domain model buat perubahan dari segi tambahan atau kurangkan domain model atau pun perubahan dari segi relation antara domain.

Wednesday, August 02, 2006

Update

Member dari microsoft, contact saya, minta carikan 2 org .Net developer untuk 2 bulannyer project sebagai freelance tapi nak fulltime sebab kena datang kat tempat customer.Pada sesiapa yang available sebagai fulltime freelance dan nak cuba boleh email resume kat saya .. ryzamm@yahoo.com

Seminggu tak dapat nak update pasal development SOC Application, sibuk dgn SurveyManagement application. Application nie..dah up kat server menggunakan .Net 2.0 Framework, cuma part nak build Survey presentation tak siap lagi.. skrg user dah boleh buat survey part Admin je plan dalam minggu ini.

Pasal kerja, pun masih lagi tunggu dari HR nyer confirmation, on site GM department saya, semua dah clear pasal tambahan apa yang saya minta..kena tunggu beberapa hari lagi kot.. tapi saya memang dalam delima sekarang nie,rasa segan ada juga dgn member dari company yang lagi satu sebab saya dah tandatangan persetujuan join company tersebut..

Minggu lepas bawa si comel saya Damia Bisyri pergi buat medical check up.. rutin every 3 month, Alhamdulillah berat dia bertambah dan batuk juga dah hilang.Antara masa 2 minggu yang lepas saya dapat 2 org anak sedara baru, satu adik saya sendiri, anak yang ketiga nama Youseff Ahmad Yasser dan seorang lagi wife saya nyer abg anak perempuan Nur Farahiyah. Wife saya dijangka melahirkan anak saya yang kedua bulan 2 tahun depan... Alhamdulillah.

Saya dapat email senarai barangan yang ada sangkut paut secara langsung dengan Israel laknatullah, antaranya pasaraya Tesco,Coca Cola dan Mc Donald.. dan ada beberapa lagi barangan... insyAllah saya memang tak pernah lagi membeli belah kat Tescon, Coca Cola dah lama tak minum.. Mc Donald nie nak kena asuh my family agar tak beli burger Mc Donald selepas nie ..InsyAllah.. semoga Allah beri kekuatan.

Minggu lepas juga plan nak join demo kat Kg Baru under Pas dan NGO yang lain.. tapi tak sempat nak pergi kesana ader urgent kerja kat datacenter Wangsa Maju.. baca kat online Harakahdaily je.. dgr cerita kat Masjid KLCC pun ader demo gak..heheheh... dpt tahu masa tgk berita 8.00 malam..semangat betul mamat tu..ekk..perghh :) betulke nak boikot???..Pak mentua dia tak bagi boikot pun muahahahaha......